Pahang Darul Makmur

Hello, Hye, Assalamualaikum :)
Miss Na back! (Ceh, maklumla dah cuti sekolah kan. So banyak la masa nak meng-update blog ni, kalau tak hampeh..)
Anyway kalau tengok tajuk tu macam sengaja nak menggembar-gemburkan Pahang Juara Piala Watsons amende entah nama penuh Piala tu but actually just coincidence kay..
Na pergi sana right before the perlawanan in Shah Alam tu berlangsung..
Actually tak planning pun short holiday ni cause my dad is a VERY BUSY man -.- Sometimes nak bawa Abah pergi holiday susahnya macam nak bawa CEO syarikat besar. Kena tengok schedule dia dulu free ke tak time tu then baru boleh buat appointment al maklum la Abah seorang tourist guide so schedule sangat packed, kesian Abah..

So pagi Jumaat (1 Nov 2013) tu Abah pesan dengan Akak suruh ambil cuti hari Sabtu because my Sis usually off work on weekdays, katanya nak pergi holiday so kami follow je ah.. Mula-ii planning Na nak ke Penang tapi kata Abah tak sempat and tak best sebab Abah free just for two days Sat and Sun :/
So nak tak nak terpaksa la ke Pantai Timur again.
Actually to be truth la kan for me da agak bosan cause bayangkan la masa nak gerak ke sana pun lalu my kampung kelahiran Mersing then setiap kali masa terluang yg agak panjang kalau Abah nak elakkan diri dari kena bawa me and Mak pergi shopping memanjang mesti pergi pantai area there. So hidup Na dari kecil sampai la sekarang mesti berkisar dengan pantai, tasik, sungai, hutan, kampung -.- Da!! That's one of the reasons why Na jadi Pencinta Alam or in English - Love Nature (poyo la sangat kan? :p)
So malam tu baru buat research nak pergi visit places kat mana.
Maps, baju semua as always la mesti la Na yg settlekan.
Isi minyak confirm la Abah yg buat tak mungkin la Na juga kan? :D
Makanan wajib la Mak yg duduk kat dapur :) Ready makanan berkhasiat -  segala jenis buah, biskut dibawa bagi mengelakkan kami membeli chips, jajan and what so ever yg not good for your health!
Akak? Dia tahu siap barang dia je, itu pun kena bebel sebakul dengan Na and Mak baru dia gerak kemas barang dia -.- (Sometimes Na tertanya-tanya siapa Akak siapa Adik sbenarnya antara kami? Hmmm...)
Then malam planning macam nak tidur awal sangat tapi yang ada! Tetap tangan ni meraba-raba novel kat tepi katil! Kata Mak "Adik! Masuk kali ni entah berapa kali Adik baca The Wedding Breaker tu. Hish pergi tidur la, esok bangun lambat simbah air eh!" (Itulah ugutan biasa yg Mak cakap!)

//Anyway melencong jap! Novel The Wedding Breaker tu memang seriously best! Na rasa kalau tak dibalut dari awal beli dulu agaknya dah lusuh cover yg berlatarbelakangkan black color tu sebab Na bawa merata-rata ikutkan hati toilet pun Na heret -.- Kalau korang tak percaya, jemput-ii la singgah ke blog author dia ni, comel je orang dia :D Evelyn Rose//

Eh okay-ii stop nak membebel berjela-jela sambung pada story holiday tadi..
So esok paginya kitorang bertolak around 9 something if not mistaken..
Guess what? Sepanjang perjalanan coverage phone macam main hide and seek pun ada juga -.-
Seriously annoying giles! Masa Na type text nak hantar elok je ada coverage, bila touch Send button je like What The? Well, that's why novels amat berguna bagi Na pada saat-ii itu. Disebabkan Na dah biasa dngan keadaan macamtu spanjang kat kampung so half of my bag da ready penuh dngan segala jenis buku, novels, diaries, stationery semua la including chocs, sweets siap air lagi tau! :D Better dr asyik tidur je sepanjang jalan kan? Da la sepanjang perjalanan, Mak Abah Akak semua sibuk mengimbau kenangan lama, dengar lagu lama, mana tak nya da kalau semua frekuensi yg wujud sepanjang perjalanan hanya keluar bunyi grrrrrrrrrrrrrr....rrrrrrrr... Sumpah, annoying! Bila tengok kiri kanan semua hutan, coverage tade, orang pun tade, kadang-ii je nampak perkampungan orang asli well, Pahang memang terkenal dengan perkampungan orang asli. Anyway Na got a chance to get to kampung mereka, later we story kay. So all the way lalu hutan tu Na cuma baca novels, makan, minum and bercakap dngan my Cik Fairy ;)

Seriously dia ni la peneman dari Na 8 tahun sampai 15 tahun, tetap setia dengan dia! :D


Dalam journey to Na tidur kejap so Abah da tak tahu nak tanya siapa about peta, dia pun guna la GPS kononnya alih-ii makin sesat! -.- Last-ii semua kejut Na suruh baca peta kalau tak pun guna Google Maps Na, macam entah apa-ii je, boleh je pun ambil peta tu baca lah jalan mana nak lalu hmmm..
So our first destination is Tasik Chini.

Seriously rugi giles kalau korang tak pergi sini sebab scenery dia amazing! But tempat dia macam baru nak dimajukan so macam quite tak privacy la like other tempat holiday.





Ada video actually masa dalam boat tu siap ber-life jacket lagi tapi entah ke mana la da malas nak cari -.-
Macam-ii juga la benda baru yg dijumpai sepanjang berboating selama sejam di sana, di guide oleh Pak Cik Zainor if not mistaken la ..
As example, benda purple-ii dalam air yg ada pada pic kat bawah ni, kalian rasa apa?

Zoom dekat-ii sikit!
Bagi budak bandar yg tak pernah nampak benda ni langsung like me, memang jakun giles ah masa lalu kat situ. Rasa macam nak pegang pun ada tapi takut juga dia ada racun ke mende ke so just snap the pic la..

 Ni namanya pokok ekor kucing.. Not misai kucing aa! Ekor Kucing ya sebab dia cute macam ekor kucing juga I guess! :D Tiada kegunaan kata pakcik tu just for hiasan je :)

Huhu ni kalau ada yang tak kenal, tak tahu la sekolah tahap mana kan?
Sumpah cantik gila! Tengok jela yang satu ni punya la comel, favourite colour Na pula tu - pink!
Banyak lagi kat situ tapi shot ni paling cantik and dekat :)
Ikutkan hati nak je tarik masukkan dalam bag tapi ikat tangan!
Teratai aka Pink Lotus ni sungguh menawan!

Hmm, aha! Kan tadi Na ada kata pergi kampung orang asli kan? So nak story la ni! 

Kampung mereka memang kalau sekali tengok tak rasa pun macam ada orang nak duduk kat situ. Turun je dari bot, Na bisik kat Abah "How did they live? Adik yang duduk tengah bandar ada electric, air, makan, pakai, semua benda cukup ada yg lebih lagi ni pun merungut tak henti-ii" 

Seriously, timbul keinsafan dan rasa kesyukuran bila di sana. Alhamdulillah, Na dibesarkan dengan segala kelengkapan yang terlebih mencukupi. Segala keperluan ada, kehendak memang buat masa ni semua dapat. Tapi mereka semua ni dengan tade electric, mandi pun terjun dalam air tasik tu, Ya Allah memang insaf gila tengok. Terasa macam Hartini dalam Cempaka Putih Untukmu tu :D
Ada pondok-ii kecil for rumah and one pondok dekat entrance kampung jual hasil-ii meramu diorang. Oh wait! Tahu kan meramu tu apa? Tak tahu? Pergi search dekat Mr Google!
Kata Abah ini kita pergi kampung yg kira dapat perhatian dari kerajaan, if kita pergi yg betul-ii dekat dalam hutan tu seriously memang tak nampak macam kampung langsung..

Last but not least pengalaman bagi ikan amende entah nama dia makan. Exciting sey tengok ikan-ii tu lompat berebut bila Na baling makanan :D Jakun yang amat!

Tragedi November -.- Boleh pula kan turun je dari bot tengok tapak kasut da jadi macam ni. Koyak rabak nasib baik la tak masuk air. Apa la nasib!

Sempat lagi bergambar di jeti. Muka semua tak macam nak cari hal je kan? :D

Then gerak ke Temerloh again SESAT! -.- Lalu jalan jauh gila padahal jalan dekat ada. So malam tu kami tidur di Hotel Bestari cawangan Hotel Jelai Temerloh sebab actual plan nak terus ke Kuantan tidur di Shahzan Inn sebab memang selalu tidur sana - selesa, kemas, cantik, BEST! tapi da malam, malas nak cari Hotel Seri Malaysia di Temerloh tu so tidur je la mana-ii hotel yang nampak depan mata..

Then esok before gerak ke Kuantan of course la kalau ada di Pahang, rugi woo kalau tak pekene Ikan Patin Masak Lemak Cili Api. Beriya betul Abah cari tempat the best sebab Mak nak sangat makan bende tu huhu. Bila da puas makan, baru la Mak diam during journey to Kuantan.
Before sampai sana, kami singgah ke sini.
Rasa-ii korang tahu tak ni di mana? Bukit Gambang Water Park la :)
Tapi tade rezeki nak get into there sebab hujan lebat giles time tu tapi tempat tu tetap penuh!
Hmm kempunan juga la nak mandi di situ tapi it's ok la ada rezeki pergi lagi kata Abah tapi entah bila lagi la dia free :/

Sampai Kuantan terus straight ke Pantai Teluk Cempedak. Again Pantai kan? Last 2 posts pun Na story pasal pantai, cek mek pantai betul la Miss NurAyna Diba ni :D Tempat dia dekat je dengan Bandar Kuantan dalam 10 ke 15 minit macamtu da boleh sampai.
Memang cantik giles tempat dia dengan pasir putih, air dia pun walau tak jernih macam di Semporna, Sipadan tapi tade la colour Teh Tarik tu. Hilang semua problems jalan di persisir pantai sambil dipukul ombak. Ombak Rindu gila kata Akak! :D Siap nyanyi lagi tau kat situ! Memang shameless betul hang ni Miss Na -.-



Cantik kan pasir dia? Macam lukisan tau color pasir dia lepas dipukul ombak. Amazing scenery, Subhanallah!

Bila da nama jalan di persisir pantai of course la kena buka kasut, lipat kaki seluar. Mula-ii ombak di paras atas buku lali tiba-ii masa sibuk posing here and there terasa badan dipukul ombak habis basah seluar sampai ke lutut -.-

Tengok la dia ni excited giles :D Konon takut kasut, seluar basah tapi dia yang paling teruja main air..

So terpaksa la lipat kaki seluar tu sampai atas lutut. Bila jalan balik ke Mak Abah terus kena ceramah dengan Abah.
"Adik! Abah tahu la kaki Adik tu putih tapi jangan buat show tunjuk kat orang boleh tak? Nak tambah dosa lagi eh?"
Fuhh, sumpah bengang giles kay! So nasihat untuk kalian sila jaga aurat walau di tepi pantai ya!
Lepas tu terus gerak ke McDonald yang ada kat situ. Chatime, KFC pun ada tau tapi service dia agak lambat sikit la nak banding dengan yang ada di bandar ni. Mak Abah try GWrap baru tu katanya sedap giles sampai suruh Na beli lagi for dinner semalam :D
Then balik as usual la sebagai peneman untuk mengelakkan Abah dari mengantuk, Na and Akak gilir-ii nyanyi and story mory sampai da tak tahu nak cakap apa lagi baru kitorang tidur biar Abah drive berseorangan :D

So sampai sini jela short holiday ni.
p/s : Tips untuk kalian kalau short holiday camni tak yah bawa baju banyak-ii sangat. Macam Na pun bawa 3 helai je tak termasuk yg pakai masa pergi la then makanan and air tu la yg kena ready betul-ii bagi mengelakkan pembaziran asyik nak berhenti R&R beli semua benda, jajan yg memang terang-terangan tak berkhasiat - not good for your health kay!
Plus! Gambar sebenanya banyak tapi lappy problem tak boleh nak transfer semua dr tab so bye!
-Love, NurAyna Diba-